Aku bukanlah seorang anak yang baik sangat.Keluargaku bahagia walaupun masa aku kecil dahulu kami tak cukup makan.Ibuku sentisa tabah membesarkan kami adik beradik.
walaupun aku bukan anak bongsu tapi aku agak manja dengan mak gn abah.Kata mak semua anak mak sayang.Tak ada seorang pun dia tak sayang.sampai sekarang aku masih terngiang di telinga aku.Selepas habis sekolah mak selalu ada di samping aku.Sentiasa mendoakan aku...Sungguh aku amat merindukan saat itu.Cemburu aku bila tengok orang lain bersama ibu-ibu mereka.
Selepas adik aku melanjutkan pelajaran,akulah yang paling rapat dengan mak.Semua masalah aku ceritakan pada mak..Mak lah tempat aku mengadu.Segala jenis masalah aku mengadu.Pernah aku mengadu aku dikacau sms berbentuk ugutan.Ibuku lah tempat aku mengadu.Menangis mak dengar.Kasihnya seorang ibu pada anaknya.
Ibuku meningggalkan aku disaat aku tidak menjangkakan...mak tidak sakit.aku masih teringat-ingat kejadian malam itu.Selepas menonton sebuah rancangan malam itu,kami sekeluarga menikmati sate, abahku beli di pasar malam tadi.terbayang-bayang tangan mak memotong nasi himpit atas tangannya untuk anak-anaknya yang amat di kasihi makan.Bahagia saat-saat itu.
Lewat tengah malam itu,mak mula meracau-racau.tanda-tanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga.Aku membacakan surah yasin untuknya.Mak mintak aku urutkan dia sebab mak rasa badannya lenguh-lenguh.aku yang memgantok pada mulanya tidak jadi hendak tido disebabkan sayangnya aku pada arwah mak walaupun aku perlu bekerja pada keesokkan harinya.
Menjelang awal pagi kelihatan mak mula hendak tido.Dia memanggil aku tido disebelahnya.Terbayang aku saat itu.aku akur mengikut perintah terakhir mak.pagi itu mak cakap aku boleh pergi berkerja sebab mak dah sihat.walaupun berat hati untuk bekerja pada hari itu aku langkahkan juga kakiku untuk pergi bekerja.
Ditempat kerja aku betul-betul tak senang hati.terasa macam ada kelainan.Lebih kurang pukul 11pagi aku mendapat panggilan ibuku di masukkan kehospital.Aku menangis dan meraung saat itu juga.Rakan-rakan penuh tanda tanya memerhatikan gelagat aku.Aku pulang di jemput kakak aku terus ke hospital.
Aku lihat tiub-tiub wayar memenuhi badan mak.Sedih aku saat itu.Bunyi mesin disebelahnya menunjukkan mak betul-betul tenat.Doktor datang menghampiri aku menyatakan aku perlu tandatangan akuan bahawa mak sudah nazak.Aku perlu telefon adik aku yang belajar.Aku beritahu mak sudah nazak.baliklah dengan segera.Aku takut adikku tak sempat bertemu dengan mak.
Benar jangkaan aku.Selepas azan maghrib mak pergi meninggalkan kami sekeuarga.betapa luluhnya hati aku saat itu.sekelip mata mak kembali kepadaNya.berita itu kami sekeluarga tidak sampaikan pada adikku yang berada dalam bas.
abang aku menjemput adik aku tanpa memberitahu berita tentang kematian mak.Pelbagai persoalan yang adik aku tanyakan pada abang aku.tapi abang tidak membicarakan mak telah pergi meninggalkan kami.
Setibanya di rumah,kelihatan ramai orang-orang berkopiah.penuh tanda tanya bermain difikiran adikku.Akhirnya,"Dik....mak dah tak ada."
Aku yang berada dalam rumah medengar jeritan adikku."Semua tipu aku,semua tipu aku..kenapa tak beritahu awal-awal?"Aku lihat wajah adikku,aku tahu perasannya.aku mengerti.Dia tak sempat berjumpa mak sebelum mak menghembuskan nafas terakhir.
Menitik airmata aku lagi pada hari tuAku menatap wajah ibuku yang tidak bernyawa itu.Wajah mak seolah-olah tersenyum.Macam sedang tido.Begitu tenang.Begitu damai sekali.Malam itu kami adik beradik bergilir-gilir membacakan surah-surah suci untuk arwah.Moga-moga Tuhan tempatkan arwah mak di kalangan orang-orang yang beriman.
Sekarang,walaupun sudah berkahwin,Ibu tetap berada dihatiku....Tidak pernah kulupa untuk sedekahkan ayat-ayat suci untuk mak tiap kali selesai solat.Suamiku selalu memberi semangat saat-saat aku terlalu rindukan arwah.Airmata tetap mengalir saat aku terbayangkan kenangan bersama arwah.Memang tidak baik untuk aku kenangkan.Menyiksa arwah tapi aku perlu kuatkan semangat untuk redha dengan ketentuan Illahi...
Al-Fatihah untuk arwah ibuku Che Bashah binti Mat......
No comments:
Post a Comment